
Pelawak Singapura Biadab!
Assalammualaikum, salam sejahtera.
Pelawak Singapura yang biadab dan tiada nilai sensitivi!

Baru-baru ini tular seorang Pelawak Singapura yang membuat lawak biadab dan tiada sensitiviti, kemudian dia menghina negara tercinta kita, Malaysia dengan mengatakan negara kita tidak maju seperti negaranya.
Apa yang saya boleh katakan, mungkin negaranya maju dari segi pembanggunan tetapi mundur dari segi mentaliti dan nilai sensitivitinya.

Maju?
tapi masuk Malaysia, curi petrol bersubsidi kita.
Maju?
tapi masuk Malaysia, bawa kereta langgar undang-undang.
Maju?
tapi masuk Malaysia, buang sampah merata-rata?
Adakah ini dikatakan negara maju?
Kemudian buat lawak berkaitan MH370, yang mana puluhan ribu orang sedih dengan tragedi tersebut. Apa perasaan keluarga mereka bilamana mendengar lawak biadab seperti ini?

Adakah ini dikatakan negara maju?
Maaf berkata, air pun diteguk dari hasil Johor yang mana bayar hanya berapa sen sahaja, lagi berbicara soal maju dengan Malaysia? Jenis bangsa yang tidak kenal diuntung. Bukan sekali dua bangsa mereka ini rasis dan perlekehkan kita.

Orang biadab seperti ini tidak layak pijak bumi Malaysia ini dan sepatutnya diharamkan masuk Malaysia. Sudahlah rasis, pemikiran tidak bertamadun!
Dia ada berkata akan dapat ‘bad review’, tetapi semuanya datang dari rakyat Malaysia.
Kalau kita dengar dia melawak pun, memang tak lawak mana. Banyak carutan sahaja. Tidak tahulah macam mana orang disitu boleh gelak terbahak-bahak agaknya.
Lagi satu, negara Malaysia tiada internet? Rasanya, ketika ini beliau dihujani komen-komen dari negara Malaysia barangkali. Ketika itu beliau sedar, Malaysia ada internet.

Harap kerajaan Malaysia mengharamkan dia dari jejak tanah Malaysia ini walaupun seinci. Kita tidak perlu permohonan maaf tetapi kita perlu tindakan. Supaya orang biadab seperti mereka ini tahu dan takut dengan tindakan dan prinsip Malaysia. Kita tidak boleh menggunakan cara lama, Maaf lepas, maaf kemudian lepas. Cara ini, cara lama dan tidak akan menyelesaikan masalah kerana saban waktu bangsa mereka ini menghina dan perkotak katik kan negara kita.
Walaupun ada berita dari Singapura yang memohon maaf atas kesalahan Pelawak Biadab ini dengan mengatakan pelawak ini bukan lagi rakyat Singapura. Tetapi kerajaan Malaysia wajib bertegas ke atas orang seperti ini. Kerana ada beberapa komen yang suka dan menyokong lawak ini.

Permohonan maaf dari Singapura hanyalah dasar diplomasi yang akrab dari Kerajaan Malaysia dan Singapura. Tetapi tindakan kepada individu perlu dilakukan. Mana mungkin kita boleh berdiam diri sahaja.
Lawak mempunyai garisan merah, jika garisan itu dilepasi, itu bukan lagi lawak, tetapi menjadi suatu penghinaan.
Sekian.