Masjid Az-Zahrawi HKL

JEJAK MASJID KUALA LUMPUR
#1 MASJID AZ-ZAHRAWI HKL

Jejak Masjid Kuala Lumpur ini saya mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahmin. Masjid pertama menjadi blog Jejak Masjid Kuala Lumpur saya ini, masjid yang baru sahaja dirasmikan pada Jumaat, 4 Oktober 2024 oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato Setia Dr Haji Na’im Hj Mokhtar, iaitu Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur.

Setelah saban tahun masjid ini melalui proses pembinaan iaitu sejak dari tahun 2017, pada asalnya tapak masjid ini adalah tapak Madrasah Islamiah yang dijadikan surau untuk warga HKL menunaikan solat dan melaksanakan kegiatan keagamaan, telah berusia 28 tahun. Jika ada yang masih ingat, Madrasah Islamiah ini bukanlah suatu surau yang cantik, bahkan ianya mempunyai beberapa kekurangan.

Akhirnya, kerja-kerja perobohan Madrasah Islamiah dilakukan bagi memberi laluan kepada masjid baharu yang lebih cantik, mempunyai kemudahan yang lebih selesa, luas dan boleh menampung jumlah jemaah yang lebih ramai. Dengan berkeluasan 16,000 kaki persegi, mempunyai 3 tingkat dan boleh menampung seramai 3,000 jemahh dalam satu-satu masa, masjid ini dikira agak luas, walaupun luarannya seakan kecil.

Dengan keluasan sebesar ini, ini akan memberi manfaat kerpada warga HKL, Hospital Tunku Azizah, pesakit, waris dan beberapa kawasan sekitarnya bagi menunaikan solat fardhu, terutamanya Solat Jumaat yang semakin sesak dan tidak dapat menampung di Masjid Jamek Kampong Bharu. Masjid yang menelan perbelanjaan RM15 juta ini mempunyai pelbagai kemudahan, seperti lif, terdapat bilik seminar dan bilik pengurusan jenazah. Terdapat juga ala-ala taman yang mana ada ditanam pokok Ficus Lyrata atau mungkin dipanggil sebagai pokok Ketapang.

Walaupun seni bina dan reka bentuknya agak simple tetapi ianya member ketenangan bagi sesiapa yang singgah dan beriktikaf di masjid ini. Mungkin kerana masjid ini tidak terlalu banyak ukiran atau tulisan khat yang terlalu memenuhi ruang. Bilamana ruangannya yang agak kecil, seni bina ukiran perlu di minimaliskan supaya ianya tidak kelihatan serabut dan terlalu kompleks. Di bahagian luarnya pula, mempunyai seni ukiran yang cantik dan simple di banggunan bahagian tepi.

Masjid yang mempunyai satu menara yang mana dari jauh sudah kelihatan, mempunyai bentuk hilal atau anak bulan sabit dan mempunyai dua papan tulisan HKL di bahagian depan dan belakang. Sudah pasti ianya akan menjadi menara ikonik baharu di Kampong Bharu, khususnya di Hospital Kuala Lumpur.

Di bahagian tingkat atas pula, terdapat kawasan yang luas, boleh melihat khatib sedang berkhutbah dan apa yang lebih menariknya lagi, dihiasi dinding bertingkap terbuka sedikit bagi membolehkan udara atau angin masuk. Ini akan memberi pemandangan yang cantik menghala ke Hospital Tunku Azizah, sekaligus menghala ke menara iknonik Malaysia, Menara Kuala Lumpur.

Masjid ini sangat sesuai buat orang yang penat berjalan, ingin singgah rehatkan badan, kaki yang letih dan menunaikan solat. Dibahagian mempunyai kawasan duduk dan rehat sebelum meneruskan perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur atau berjalan pulang ke rumah.

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *